Sebagai orang Islam, penting bagi kita mengetahui cara mandi wajib secara sempurna untuk membersihkan diri dari hadas besar. Amalan ini perlu dilakukan dengan betul agar kita dapat menjalankan ibadah dengan baik.
Apa Itu Mandi Wajib?
Mandi wajib merupakan mandi yang diwajibkan dalam Islam untuk menjaga kebersihan diri daripada hadas besar. Ia perlu dilakukan selepas haid, nifas, keluarnya mani, atau selepas hubungan suami isteri. Mandi wajib melibatkan niat, diikuti dengan membasahi badan dengan air, termasuk rambut dan kulit. Amalan ibadah seperti solat dianggap tidak sah jika tidak menjalankan mandi wajib dengan betul.
Oleh itu, untuk memastikan ibadah kita diterima oleh Allah SWT, adalah penting untuk memastikan kita menjalankan mandi hadas dengan cara yang betul dan sempurna.
Niat Mandi Wajib
نَوَيْتُ رَفْع اْلحَدَثِ اْلأَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Nawaitu Raf ‘al Hadasil Akbari Lillahi Ta’ala.
Maksudnya : Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala
Anda juga boleh membaca niat mandi wajib secara khusus untuk keadaan Junub, Haid, dan Nifas seperti berikut:
1. Niat Mandi Wajib Kerana Junub
2. Niat Mandi Wajib Setelah Haid
3. Niat Mandi Wajib Kerana Nifas
Cara Mandi Wajib
Di bawah ini kami kongsikan langkah-langkah mudah mandi wajib yang boleh anda ikuti.
- Dimulakan dengan membaca “Bismillah” sambil berniat untuk membersihkan diri dari hadas besar.
- Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
- Bersihkan kemaluan dengan tangan kiri.
- Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun.
- Setelah itu, ambil wuduk seperti biasa kecuali kaki. Basuh kaki setelah mandi nanti.
- Basuh kepala dengan mengusap rambut secara merata, kemudian siramnya dengan air sebanyak 3 kali.
- Mulakan dengan membersihkan bahagian kanan tubuh.
- Meratakan air ke seluruh tubuh badan termasuk celah-celah jari tangan dan bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut, dan lain-lain supaya terkena air.
- Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu.