Maksud Idgham Maal Ghunnah
Idgham dari segi bahasa ialah memasukkan atau menggabungkan. Manakala dari segi istilah, Idgham Maal Ghunnah ialah hukum bacaan apabila Nun Sukun (نْ) atau Tanwin (ــً / ــٍ / ــٌ) bertemu dengan huruf tertentu, lalu nun atau tanwin itu dileburkan ke dalam huruf selepasnya dengan disertai dengung (ghunnah) selama dua harakat.

Perlu diketahui bahawa idgham terbahagi kepada dua jenis, iaitu Idgham Maal Ghunnah dan Idgham Bila Ghunnah.
Huruf Idgham Maal Ghunnah
Ada empat huruf sahaja, iaitu:
- Ya ( ي )
- Mim ( م )
- Nun ( ن )
- Wau ( و )
Enam huruf ini dikumpulkan dalam perkataan: يَنْمُو
Contoh Bacaan Idgham Maal Ghunnah
| ــــًــــٍــــــٌ | نْ | Huruf |
| يَوۡمَئِذٖ يَصۡدُرُ | مَن يَقُولُ | ي |
| مِسۡكِينا وَيَتِيما | مَن وُجِدَ | و |
| حَبۡلٌ مِّن مَّسَدِۢ | وَمَن مَّعَكَ | م |
| يَوۡمَئِذٖ نَّاعِمَة | فَمَن نَّكَثَ | ن |




