Himpunan Doa Keluarga Bahagia untuk Diamalkan Setiap Hari

By mukmin

Himpunan doa keluarga bahagia merujuk kepada satu koleksi doa-doa yang dihimpunkan khusus untuk diamalkan oleh ahli keluarga dalam kehidupan harian dengan harapan agar sesebuah keluarga hidup dalam keadaan harmoni, rukun, penuh kasih sayang, mendapat keberkatan rezeki, serta dijauhkan daripada perkara yang boleh merosakkan kebahagiaan rumah tangga.

Doa Keluarga Bahagia 

Doa Keluarga Bahagia 

1. Doa Untuk Keluarga Bahagia Dunia Akhirat

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

                                                                                              (Surah Al-Furqan: 74)

Bacaan Rumi: Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama.

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan semua keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

2. Surah Al-Hashr, ayat 10

Doa memohon dijauhi hasad dengki dan dendam dalam sesama keluarga:


رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ , وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

Bacaan Rumi: Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim

Maksudnya: Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih

3. Surah Ali-Imran ayat 200

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ ࣖ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

4. Doa Kasih Sayang Berpanjangan

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ

Riwayat Tirmidzi (3490) Status Hadith: Hassan

Bacaan Rumi: Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika.

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta-cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu.

Leave a Comment