Hari Tarwiyah: Niat Puasa Sunat & Keistimewaannya

By mukmin

Hari Tarwiyah adalah hari kelapan dalam bulan Zulhijjah menurut kalendar Islam. Ia merupakan salah satu hari penting bagi umat Islam, khususnya bagi mereka yang menunaikan ibadah haji.

Nama “Tarwiyah” berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud “menyediakan air”. Pada zaman dahulu, jemaah haji mengumpul air pada hari ini untuk persiapan mereka beribadah di Padang Arafah keesokan harinya.

Menurut Imam Ibn Qudamah dalam kitabnya, terdapat dua sebab mengapa hari ini dinamakan Hari Tarwiyah.

  • Para jemaah haji setelah berihram akan menuju ke Mina untuk bermalam. Ini kerana, pada keesokan harinya, mereka akan menuju ke Arafah. Ketika di Mina, para jemaah ini mempersiapkan air sebagai bekalan untuk dibawa ketika berwukuf di Arafah. Mempersiapkan air ini diistilahkan dengan Yatarowwaun (يتروون).
  • Selain itu, dinamakan juga dengan “Tarwiyah” adalah disebabkan pada malam tersebut, Nabi Ibrahim AS telah bermimpi buatkali yang pertama daripada Allah SWT agar menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Seharian Baginda AS berfikir dan tertanya-tanya kepada dirinya, apakah perintah itu datangnya daripada Allah SWT atau daripada syaitan. Tertanya-tanya itu juga diistilahkan dengan Yurowwi (يروي) dan itu adalah di antara sebab 8 Zul al-Hijjah dinamakan dengan hari Tarwiyyah. [Lihat: al-Mughni, 3/249]

Untuk itu, hari Tarwiyah ini mempunyai dua maksud menurut Imam Ibn Qudamah iaitu hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah hari di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Mimpi tersebut telah membuatkan Nabi Ibrahim AS tertanya-tanya pada dirinya.

Niat puasa sunat Tarwiyah

Ini ialah lafaz niat untuk berpuasa sunat pada Hari Tarwiyah yang perlu dibaca.

Niat puasa sunat Tarwiyah

Kelebihan Hari Tarwiyah

Hari Tarwiyah mempunyai beberapa kelebihan dan keutamaan, terutamanya bagi umat Islam yang ingin meningkatkan amal ibadah. Antaranya ialah:

1. Hari Persiapan Ibadah Haji

Menandakan permulaan persiapan jamaah haji sebelum wukuf di Arafah, mengajar umat Islam tentang pentingnya persiapan mental, fizikal, dan spiritual.

2. Peluang Berpuasa Sunat

Pada hari ini, umat Islam disunatkan untuk berpuasa sunat Tarwiyah (8 Zulhijjah). Berpuasa pada hari ini memiliki pahala yang besar kerana termasuk dalam hari-hari yang mulia dalam bulan Zulhijjah.

3. Hari Mulia dalam Islam

Hari Tarwiyah termasuk dalam hari-hari mulia yang dianjurkan untuk memperbanyak amal soleh seperti doa, zikir, sedekah, dan ibadah lain.

4. Menjalankan sunnah

Berada di Mina pada hari Tarwiyah dan menghabiskan malam hari di sana adalah sunnah Nabi Muhammad SAW. Oleh kerana itu, menjalankan perintah ini membawa pahala dan keberkahan.

5. Mendekatkan Diri kepada Allah

Dengan memperbanyak doa, zikir, dan amal ibadah pada hari ini, seseorang dapat meningkatkan ketaqwaan dan keimanan serta membersihkan hati menjelang hari Arafah.

Leave a Comment