Doa Memohon Ketetapan Hati & Terus Istiqamah

By mukmin

Doa agar ditetapkan hati dan diberikan istiqamah ialah doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT supaya hati kita tidak goyah dalam beriman dan sentiasa teguh dalam melakukan kebaikan serta taat kepada perintah-Nya. Doa ini sangat penting kerana hati manusia mudah berubah, dan hanya dengan pertolongan Allah SWT, kita dapat kekal di jalan yang lurus.

Dalam konteks Islam, istiqamah bermaksud berpegang teguh kepada ajaran Islam dan terus melakukan kebaikan serta ketaatan kepada Allah SWT secara konsisten, tanpa menyimpang walaupun sedikit, sama ada dalam keadaan senang mahupun susah.

Contoh Istiqamah dalam kehidupan:

  • Sentiasa solat lima waktu tepat pada waktunya.
  • Terus membaca al-Quran setiap hari walaupun hanya beberapa ayat.
  • Sentiasa menjaga tutur kata dan menjauhi perkara haram.
  • Tidak mudah goyah dengan ujian dunia atau godaan nafsu.
  • Terus berbuat baik walaupun tidak dipuji atau tidak dibalas.

Doa Agar Ditetapkan Hati & Istiqamah

Inilah antara doa yang boleh diamalkan agar kita sentiasa diberi kekuatan untuk istiqamah dan konsisten dalam melakukan sesuatu perkara.

Doa Agar Ditetapkan Hati & Istiqamah
Rumi : Rabbanā Lā Tuzig Qulūbanā Ba‘Da Iż Hadaitanā Wa Hab Lanā Mil Ladunka Raḥmah, Innaka Antal-Wahhāb

Maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata) Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.

Doa Agar Ditetapkan Hati & Istiqamah

Doa Memohon Ketetapan Hati & Terus Istiqamahn sangat penting bagi seorang Muslim kerana hati manusia sentiasa diuji. Dengan membaca doa ini secara konsisten, kita memohon kekuatan daripada Allah untuk terus teguh dalam iman, tidak mudah terpengaruh, dan sentiasa istiqamah di jalan-Nya.

Leave a Comment