Keamanan negara ialah satu keadaan di mana sesebuah negara berada dalam suasana aman, tenteram dan harmon tanpa sebarang ancaman seperti peperangan, keganasan kekacauan, jenayah, peperangan, atau pergolakan yang boleh menggugat keselamatan, kestabilan politik, dan kesejahteraan rakyat.
Apabila negara berada dalam keadaan aman, rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk memajukan negara.
Oleh itu, sebagai rakyat yang cintakan negara, laksanakanlah peranan anda walaupun dalam perkara yang kecil kerana ia mungkin memberi impak besar kepada kemajuan negara.
Salah satu usaha paling mudah namun besar maknanya ialah memanjatkan doa kepada Allah agar negara kita sentiasa berada dalam lindungan-Nya, dijauhkan daripada segala kemudaratan, serta diberi jalan penyembuhan dan penyelesaian atas setiap ujian yang melanda.
Doa Memohon Keamanan Negara
Doa memohon keamanan negara ialah doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT bagi memohon agar sesebuah negara sentiasa berada dalam keadaan aman, selamat, tenteram, dan dijauhkan daripada sebarang ancaman seperti huru-hara, peperangan, bencana alam, keganasan, atau perpecahan dalam kalangan rakyat.

Ciri-Ciri Keamanan Negara:
- Tiada ancaman luar atau dalam – seperti peperangan, serangan pengganas, atau rusuhan.
- Rakyat hidup harmoni – saling menghormati walaupun berbeza agama, kaum dan budaya.
- Undang-undang dipatuhi – sistem keadilan berjalan lancar dan saksama.
- Pemerintahan stabil – tiada krisis politik atau huru-hara.
- Ekonomi dan sosial berkembang – peluang pekerjaan, pendidikan dan kesihatan tersedia.



