Doa Barang Hilang Agar Ditemukan Kembali

By mukmin

Manusia sememangnya mempunyai sifat pelupa. Ada kalanya, kita terlupa di mana kita meletakkan barang yang sering digunakan. Malah, barang yang baru sahaja digunakan pun boleh tiba-tiba ‘hilang’ dari ingatan.

Doa apabila kehilangan barang ialah doa yang dibaca ketika seseorang kehilangan sesuatu seperti dompet, kunci, telefon atau barang penting yang lain. Doa ini dibaca dengan harapan agar Allah memudahkan kita menemui semula barang tersebut. Selain berusaha mencarinya, membaca doa juga adalah satu bentuk ikhtiar rohani agar Allah mempermudahkan urusan kita.

Doa Hilang Barang

Berikut adalah doa yang dibaca apabila kita hilang sesuatu barang.

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي

Maksudnya : “Wahai Tuhan Yang Menghimpunkan menusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.”

doa hilang barang

Doa ketika kehilangan barang bukan sekadar bacaan biasa, tetapi tanda kita bergantung dan berharap sepenuhnya kepada Allah. Ia mengajar kita supaya tidak panik, sebaliknya kekal tenang, terus berusaha dan bertawakal. Dengan izin Allah, barang yang hilang mungkin akan ditemui semula dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Leave a Comment