Aurat Lelaki Dalam Islam : Hikmah & Kepentingan Menutup Aurat

By mukmin

Dalam Islam, aurat merujuk kepada bahagian tubuh yang wajib ditutup daripada pandangan orang yang bukan mahram. Hukum menutup aurat adalah wajib bagi setiap Muslim, termasuk lelaki. Menutup aurat bukan sekadar soal pakaian, tetapi juga berkait rapat dengan maruah, kesopanan dan ketaatan kepada perintah Allah.

Batas Aurat Lelaki

1. Aurat Lelaki Ketika Bersendirian

Wajib menutup aurat walaupun bersendirian, kecuali ketika dalam keadaan darurat seperti mandi atau menukar pakaian.

2. Aurat Lelaki Sesama Lelaki

Aurat masih antara pusat dan lutut, kecuali dengan mahram dan dalam keadaan tertentu (seperti rawatan).

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At- Tirmizi

Terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama berkenaan dengan had atau batas aurat yang wajib dijaga oleh kaum lelaki.

1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat: ”Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada istrinya.

Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.

Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-masing adalah MAKRUH.

2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat: ”Aurat lelaki ada dua keadaan;

  • Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja.
  • Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh. 

Pakaian Lelaki Menurut Islam

Berikut merupakan antara pemakaian yang digariskan dalam Islam untuk seorang lelaki:

  1. Menutup aurat (wajib)
  2. Pakaian yang sopan dan bersih
  3. Tidak memakai pakaian sutera dan emas
  4. Tidak menyerupai pakaian wanita
  5. Tidak bermegah-megah dalam berpakaian
  6. Tidak memakai pakaian terlalu ketat atau mendedahkan bentuk badan

Hikmah Menutup Aurat

1. Menjaga maruah dan kehormatan

      Aurat adalah lambang maruah. Menjaganya bermaksud menjaga harga diri dan imej sebagai seorang Muslim.

      2. Tanda ketaatan kepada Allah

      Menjaga aurat merupakan perintah Allah SWT. Mentaati perintah ini menunjukkan iman dan ketaqwaan seseorang.

      3. Elak fitnah dan gangguan

      Mendedahkan aurat boleh mendatangkan fitnah, nafsu, atau syahwat kepada orang lain. Islam menjaga kedua-dua pihak daripada kerosakan moral.

      4. Menjaga kesopanan dan adab

      Islam menggalakkan umatnya hidup dengan adab, malu dan rasa hormat, termasuk dalam berpakaian dan menjaga tubuh badan.

      5. Benteng awal daripada maksiat

      Menutup aurat adalah langkah awal mencegah zina dan kerosakan sosial, kerana ia membatasi pendedahan tubuh dan pandangan.

      Kepentingan Menjaga Aurat Lelaki

      • Mewujudkan masyarakat yang bersih dan berakhlak
      • Menghindari budaya dedah aurat atau berpakaian tidak senonoh
      • Melatih sifat malu, sopan, dan bermaruah
      • Menjadi contoh yang baik, terutama kepada anak-anak dan remaja
      • Memperoleh pahala dan redha Allah

      Leave a Comment