Darah istihadhah ialah darah yang keluar dari faraj wanita di luar waktu haid atau nifas. Ia berlaku apabila darah keluar melebihi tempoh maksimum haid atau nifas, atau keluar pada waktu yang tidak sepatutnya. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh perubahan hormon atau faktor kesihatan lain.
Punca Darah Istihadah
Darah istihadah biasanya disebabkan oleh:
- Pengambilan ubat tertentu yang mengganggu kitaran haid.
- Masalah hormon yang tidak seimbang.
- Penyakit atau gangguan pada rahim.
- Tekanan emosi atau fizikal yang melampau.
Ciri-Ciri Darah Istihadah
Berikut merupakan beberapa ciri darah istihadhah yang penting untuk kita ketahui.
- Keluar di luar tempoh haid atau nifas.
- Tidak memenuhi syarat haid atau nifas dari segi tempoh dan warna.
- Biasanya berwarna merah cair atau tidak sepekat darah haid.
- Tidak berbau seperti darah haid.
- Boleh berlaku secara berterusan sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan.
Hukum Wanita Yang Mengalami Istihadah
Hukum darah istihadah tidak sama seperti darah haid dan nifas. Oleh itu, wanita yang mengalami istihadhah dianggap berada dalam keadaan hadas kecil.
- Wajib solat dan puasa seperti biasa.
- Wajib bersuci (ambil wuduk) bagi setiap waktu solat fardhu.
- Disunatkan membasuh darah dan menukar tuala wanita atau pelapik secara berkala.
- Boleh membaca Al-Quran, menyentuh mushaf, duduk dalam masjid, dan melakukan ibadah lain.
- Boleh bersama suami (berjima’), kerana ia tidak dianggap najis besar seperti haid.
Cara Mengira Tempoh Istihadah


Cara Membezakan Darah Haid & Darah Istihadah

Perbezaan Antara Haid, Nifas & Istihadah

Kesimpulan
Darah istihadhah bukanlah darah haid, jadi ia tidak menghalang wanita daripada beribadah. Sebab itu, wanita yang mengalami istihadhah tetap perlu menunaikan solat dan puasa seperti biasa. Penting untuk mengenal pasti darah ini dengan betul supaya ibadah tidak ditinggalkan tanpa sebab yang sah.



